Sunday, November 25, 2018

Usaha Menubuhkan Jabatan IT Negara dan melantik Ketua Perkhidmatan daripada Profesional ICT

Saya menyokong gesaan ini kerana ia bertujuan untuk mewujudkan jabatan IT Negara dalam Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Dan Ketua utamanya adalah daripada pegawai IT Kerajaan yang layak dan seterusnya memusatkan sumber manusia IT kerajaan, diantaranya.

https://goo.gl/UcfzSu

Dengan pemusatan sumber manusia, kemahiran dan pengalaman pegawai-pegawai IT dapat disumbangkan dengan lebih meluas kepada semua agensi-agensi dan jabatan-jabatan dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia. Tanpa ianya terhad kepada agensi dimana pegawai itu berada. Ia turut memperkasakan pengetahuan pegawai-pegawai IT Kerajaan kerana sumber ilmu dapat dikongsikan secara berpusat.

===

Saya panjangkan, daripada rakan-rakan ICT kepada yang lain. Atau baca di laman gesaan ini https://goo.gl/UcfzSu

https://www.change.org/p/government-of-malaysia-kerajaan-perlu-menubuhkan-jabatan-it-dan-melantik-ketua-perkhidmatan-drpd-profesional-it

Ringkasan, gesaan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan jabatan IT Negara dalam Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Dan Ketua utamanya adalah daripada pegawai IT Kerajaan yang layak dan seterusnya  memusatkan sumber manusia IT kerajaan.

Dipanjangkan oleh Harisfazillah Jamel. 25 Nov 2018.

=========

Usaha Menubuhkan Jabatan IT Negara dan melantik Ketua Perkhidmatan daripada Profesional ICT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mohon kawan-kawan sebarkan dan viralkan petition berkenaan skim perkhidmatan skim teknologi maklumat ini. Terima kasih.

PENGENALAN.

Keputusan kabinet berkenaan perpindahan MAMPU ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui surat bertajuk Cadangan Rasionalisasi Struktur Jabatan Perdana Menteri bertarikh 28 Jun 2018 dilihat sebagai reformasi baharu ke arah meningkatkan daya saing Teknologi Maklumat (IT) Sektor Awam. Ia seiring dengan fungsi agensi berteraskan IT lain yang diletakkan di bawah KKMM seperti Suruhanjaya Komunikai dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Namun begitu, arahan bertarikh 12 Oktober 2018 untuk mengekalkan MAMPU kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui surat bertajuk Perakuan Pindaan Waran Perjawatan Berikutan Perubahan Semula Senarai Agensi di bawah Program Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tahun 2018, telah menimbulkan tanda tanya kepada banyak pihak.

Keputusan mengembalikan fungsi teras IT di bawah MAMPU dilihat tidak seiring dengan amalan terbaik negara maju seperti di United Kingdom melalui Government Digital Service, Australia melalui Digital Tranformation Office, Singapura melalui Govtech dan Korea Selatan melalui National Computing and Information Service. Prestasi perkhidmatan dalam talian negara tersebut dilihat lebih signifikan dan berdaya saing dengan meletakkan ICT sebagai satu entiti yang berautoriti bagi menjalankan aktiviti khusus berkaitan penyelidikan dan pembangunan khusus berkaitan ICT. Model ini seharusnya diadaptasi di Malaysia bagi memastikan prestasi perkhidmatan IT kerajaan yang lebih baik ke arah pembangunan yang mapan.

RESOLUSI.

Sehubungan dengan itu, kami mendesak agar pihak kerajaan mengkaji semula keputusan ini dengan mempertimbangkan dua (2) resolusi utama yang didatangkan bersama petisyen ini iaitu:

#1 MENUBUHKAN JABATAN IT.

Jabatan IT sebagai entiti yang berautoriti secara khusus dengan memberi fokus kepada reformasi pendigitalan penyampaian kerajaan meliputi aktiviti berkaitan penggubalan akta/dasar/polisi, penyelidikan, pembangunan, pelaksanaan dan penguatkuasaan program di bawah Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2017 serta aktiviti berkaitan IT Sektor Awam. Jabatan IT juga berperanan penting bagi menyelaras aktiviti tersebut merentasi kementerian dan agensi. Menerui Jabatan IT, perkhidmatan dapat dikoordinasi dengan lebih baik serta mengatasi pertindanan dan birokrasi di antara agensi bagi mengembalikan semula tahap penerimaan dan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan dalam talian kerajaan.

#2 MELANTIK KETUA PERKHIDMATAN DARIPADA PROFESIONAL IT.

Sektor IT kerajaan hendaklah diterajui oleh Ketua Perkhidmatan dari kalangan Pegawai Skim Teknologi Maklumat (F) dan dianggotai oleh pegawai profesional yang berpengetahuan di dalam bidang IT. Ia penting bagi memastikan keputusan dasar yang lebih tepat dan realistik seiring dengan tuntutan semasa rakyat dan perubahan pantas ekosistem perkhidmatan kerajaan serta memacu profesionalisma Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat. Pada ketika ini, bilangan pegawai Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat yang dipusatkan di MAMPU telah melebihi 10,000 orang.

PENUTUP.

Kami menyokong penuh dasar dan kemimpinan baharu kerajaan yang dilihat lebih proaktif memperkasa fungsi perkhidmatan awam ke arah pembangunan negara yang mapan. Kami yakin Malaysia Baharu memerlukan reformasi perkhidmatan awam yang holistik dengan memperkukuh fungsi IT Sektor Awam. Dengan usaha bersepadu kami yakin Wawasan 2025 untuk kembali meletakkan Malaysia di landasan negara maju bakal tercapai.

https://goo.gl/UcfzSu
Post a Comment

Today Notes Blog About Linux Open Source Computer Internet

comments powered by Disqus

Popular Posts