Friday, November 27, 2009

Penguin Masuk Kampung

Penguin Masuk Kampung

Dipetik dari

http://penguinmasukkampung.org/

Projek Penguin Masuk Kampung adalah suatu inisiatif untuk membawa perisian sumber terbuka ke peringkat akar umbi. Secara realitinya, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa penggunaan perisian sumber terbuka ini masih bersifat eksklusif apabila dipandang secara harafiah. Apakah keistimewaan perisian sumber terbuka? Perisian sumber terbuka ‘membuka’ peluang dan ruang individu serta masyarakat untuk mengembangkan potensi diri.

Projek-projek perisian sumber terbuka adalah projek bertaraf dunia. Oleh itu wujud suatu bentuk perkongsian maklumat dan pengetahuan serta bentuk kerjasama secara maya dan langsung di peringkat global di dalam pembangunan projek sedemikian yang memberi manfaat kepada pesertanya. Ini adalah suatu peluang yang perlu digarap, diperhalusi dan ‘dinikmati’ bersama semua golongan masyarakat.

Di atas kesedaran inilah, langit yang menempurungi golongan-golongan elit pembangun dan pengguna perisian sumber terbuka harus dibuka sesuai dengan semangat perisian sumber terbuka itu sendiri. Adalah amat malang sekali jika telaga emas ini tidak dikongsi dan dimanfaatkan bersama dengan masyarakat setempat terutamanya golongan-golongan belia desa dan pelajar-pelajar sekolah.

Maklumat lanjut di laman web Penguin Masuk Kampung

http://www.penguinmasukkampung.org/

Bincang Penguin Masuk Kampung di senarai email OSDC.my

http://osdcmy-list.grouply.com/home

----

OSDC.my Bersedia Untuk MSC OSCONF 2010
http://cikgucyber.blogspot.com/2009/11/osdcmy-bersedia-untuk-msc-osconf-2010.html

MSC Malaysia Open Source Conference 2010
http://mscoscon.blogspot.com/2009/11/msc-malaysia-open-source-conference.html

Today Notes Blog About Linux Open Source Computer Internet

comments powered by Disqus

Popular Posts