Tips Pemasangan Docker Bagi Linux Ubuntu Server
1) Pemasangan Linux Ubuntu Server. Bagi nota ini adalah versi Linux Ubuntu Server 14.04 LTS
Pastikan sewaktu pemasangan anda, pada langkah kedua selepas pemilihan bahasa, tekan butang F4. Ini akan memberikan anda pilihan Mode pemasangan.
Buat pilihan minimal system jika anda memasang pada perkakasan dan minimal virtual machine jika anda memasang dalam Virtual Machine (VM) seperti Vmware, VirtualBox atau Proxmox.
2) Pemasangan yang asas untuk keselamatan. Saya memasang Fail2ban dan UFW untuk perlindungan awal.
apt-get install fail2ban ufw
Bagi konfigurasi ufw
ufw allow 22/tcp
ufw allow 80/tcp
ufw allow 443/tcp
ufw enable
ufw status
ufw default deny
Pada arahan ufw status pastikan periksa dahulu port SSH (22/tcp) telah open. Fail2ban akan lindungi bruteforce. Adalah penting untuk lindungi dengan password yang keras dan username yang susah teka.
Jangan lupa dalam pemasangan nanti untuk allow ports yang berkaitan dengan Docker dan Fowardered. Baca manual secara keseluruhan.
3) Pemasangan Docker
Permasangan yang sesuai adalah dengan mengikut nota yang disediakan oleh pihak docker sendiri di
Perkara penting sebelum memasang Docker. Kemaskini Kernel dengan apt-get dist-upgrade dan reboot server.
4) Saya menggunakan unbound bagi tujuan cache DNS pada host server. Pastikan DNS konfigurasinya telah dibuat. Rujuk kepada /etc/resolv.conf
apt-get install unbound
Seterusnya Docker Rancher.
Harisfazillah Jamel / LinuxMalaysia
Lean & Mean
20 Dis 2015
ps -ef | grep docker |
No comments:
Post a Comment